Pen merupakan alat tulis yang paling penting untuk individu bekerjaya dan pelajar. Walaupun dunia moden sekarang sudah ada media eletronik yang canggih untuk mencatatkan apa yang penting, tetapi pen tetap menjadi pilihan utama. Tanpa pen maka akan terasa kekok ketika melakukan aktiviti penulisan.
Kualiti pen perlu diberi perhatian. Jika seseorang itu kurang menggunakan pen dalam aktitivi hariannya, maka pemilihan kualiti pen pun kurang dititikberatkan. Tetapi, jika pen merupakan alat yang paling penting maka seseorang pemilik pen tersebut akan cerewet ketika ingin membeli pen.
Antara ciri-ciri yang biasa diberi perhatian adalah mata pen (line widths). Biasanya mata pen yang sering dijual di pasaran bersaiz 0.35mm, 0.5mm dan 0.7mm. Tetapi saiz yang sering mendapat perhatian adalah 0.5mm. Hal ini disebabkan pengeluaran dakwat dari mata pen tidak terlalu banyak seperti 0.7mm dan juga tidak terlalu sedikit seperti 0.35mm. Selain itu pen yang mempunyai ciri dakwat gel juga turut diminati kerana dakwat gel mempunyai warna yang terang, kalis air dan cepat kering. Kelancaran dakwat gel juga digemari oleh pengguna pen (super smooth writing). Seringkali berlaku pada penggunakan dakwat pen biasa yang tersekat untuk mengeluarkan dakwat dan menyebabkan pengguna pen perlu menekan atau memusing-musingkankan pen untuk mencari aliran dakwat yang baik ketika menulis.
Selain itu pen yang mempunyai ciri anti slip (getah) juga turut menjadi pilihan. Kehadiran getah memberi perlindungan kepada jari-jari yang digunakan ketika menulis. Getah yang lembut akan memberikan keselesaan kepada pengguna (comfortable rubber grip).
Terdapat banyak jenis pilihan pen gel di pasaran. Ciri-ciri pen best adalah berbeza untuk setiap individu. Kepuasan menulis bergantung kepada individu yang menulis itu sendiri. Pembelian pen boleh dilakukan di kedai runcit, kedai buku, kedai alat tulis, supermarket ataupun secara atas talian (online) seperti di Shopee and Lazada. Selamat menulis menggunakan pen kegemaran anda!

