Kelebihan konjac untuk kesihatan

by Juwairiah Haris

Konjac adalah sejenis tumbuhan yang berasal dari Asia Timur. Ia mengandungi banyak serat yang baik untuk kesihatan, terutama dalam membantu pencernaan dan menurunkan kadar kolesterol dalam darah.

Kajian terdahulu menunjukkan bahawa konjak glucomannan dan ekstraknya mempunyai pelbagai kegunaan, termasuk dalam bidang farmaseutikal, bioteknologi dan industri kimia halus. Bahan ini juga telah digunakan secara meluas dalam pembuatan makanan tradisional di Asia Timur dan Tenggara, seperti Mi, kueh tiaw, udon, spaghetti, tauhu dan jeli.

Terdapat banyak produk konjac dipasaran terutama secara atas talian. Pengguna boleh membeli pelbagai jenis produk konjac untuk kegunaan harian mereka. Pembelian secara atas talian seperti di shopee dan tiktok boleh dilakukan dimana saja. Kelebihan yang banyak menyebabkan pelbagai jenis produk boleh dihasilkan dan boleh dijadikan makanan harian. Terdapat juga beras yang dihasilkan menggunakan tepung konjac. Rupa dan rasanya juga kelihatan sama nmenyebabkan ia mendapat tempat dihati pelanggan.

Kelebihan konjac untuk kesihatan termasuk mengurangkan kolesterol darah, memperlahankan pengosongan perut dan mempercepatkan rasa kenyang, membuatkan ia sesuai untuk makanan diet dan penghidap diabetes . Selain itu, konjak juga boleh menggantikan fungsi gelatin dalam meningkatkan tekstur dan mengurangkan sineresis. Oleh itu, konjak merupakan bahan yang sangat berguna dan boleh dimanfaatkan untuk pelbagai kegunaan, termasuk dalam pembuatan makanan dan minuman yang sesuai untuk manusia.

Related Posts

Leave a Comment