Kaki busuk ? 5 tip atasi masalah kaki busuk

by admin

Kaki busuk merupakan perkara yang serius dan perlu diberi perhatian. Cuba bayangkan apa perasaan anda bila bau busuk itu datangnya daripada kaki anda sendiri. Mesti sedihkan. Tambahan pula, kaki yang berbau busuk akan menyebabkan gangguan emosi dan kurang keyakinan diri.
Cuba tanya pada diri anda sendiri, adakah anda membersihkan kaki dengan cara yang betul ? Bila kali terakhir anda membersihkan kaki anda ? Untuk menghilangkan busuk pada kaki, terdapat banyak cara yang mudah dan berkesan boleh digunakan.

1. Cuci kaki

Manusia menggunakan kaki untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti berjalan, berlari, riadah dan lain-lain lagi. Semua tempat tak kira basah, lembap atau kering pasti akan dilalui oleh kaki. Oleh itu kaki sangat mudah untuk terkena jangkitan kulat. Tidak susah untuk menjaga kaki, anda hanya perlu menggosok kaki anda dengan sabun dan tuala lembut supaya menghilangkan daki-daki di kaki. Kaki yang berdaki dan kotor sangat mudah menjadi tempat pembiakan bakteria dan kulat dan akhirnya menyebabkan kaki busuk berlaku.

2. Pastikan kaki dalam keadaan kering

Gunakan kain dari material kapas untuk lap dan sental celah-celah jari supaya kaki sentiasa dalam keadaan kering dan bersih. Penting untuk anda pastikan kaki anda dalam keadaan kering sebelum memakai stokin dan kasut. Anda perlu tahu, terdapat beberapa jenis bakteria yang berada pada kulit manusia terutama kaki. Kaki yang lembap akan menyebabkan bakteria membiak dan kaki anda akan berbau busuk.

3. Gunakan stokin kaki yang bersih dan kering

Stoking yang kering juga memainkan faktor utama untuk kebersihan kaki. Stokin yang lembap menjadi habitat pembiakan kulat. Kulat akan mengundang pelbagai jenis penyakit kulit. Kebersihan perlu dititik beratkan ya.. Jangan sampai kawan-kawan kita tegur nanti ‘apa yang busuk ni?? Siapa pakai stoking lembap?” iyeekk !!! masa itu pasti anda akan malu sendiri.

4. Tukar stokin setiap hari

Jangan malas tukar stokin ya. Bukan susah pun nak basuh stokin. Stokin yang dipakai akan menyerap peluh di kaki. Situasi ini akan meyebabkan stokin yang dipakai lembap dan akan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Jadi amatkan penting untuk anda tukar stokin setiap hari.

5. Potong kuku

Kuku kaki yang panjang menjadi tempat bakteria dan kekotoran berkumpul. Jangan lupa potong kuku kaki setiap minggu. Kuku yang pendek akan kelihatan kemas dan bersih. Kebersihan kuku sangat penting untuk kesihatan anda.

Bila ada masalah mesti akan ada penyelesaian . kaki busuk bukan selama-lamanya busuk. Masih belum terlambat untuk anda menjaga kebersihan kaki. Semoga tip-tip diatas boleh membantu menghilangkan kaki busuk anda !!!

Related Posts

Leave a Comment