Perasaan anak ketika melangkah ke darjah Satu?

by admin

Tak lama lagi musim persekolahan akan bermula. Anak- anak yang belajar di pra-sekolah atau tadika swasta dan berumur 6 tahun akan melangkah masuk ke darjah 1 (Satu). Sebagai ibu bapa pasti kita akan berasa gembira apabila melihat anak sangat teruja. Pelbagai persiapan yang perlu anda lakukan untuk mereka masuk ke alam persekolahan. Cuba anda tanya kenapa anak anda sangat teruja melangkah ke darjah 1. Pasti anda akan dapat pelbagai jawapan dari mereka.

Kami telah melakukan tinjauan kepada 50 orang kanak-kanak yang berumur 6 tahun. Soalan yang ditanya ialah “Apakah perasaan adik nak masuk darjah 1 (Satu) ?. Hasil kajian ini mendapati 5 jawapan yang sering disebut oIeh anak-anak.

1. Teruja nak pakai baju seragam sekolah dan baju sukan

Anak-anak yang akan melangkah ke darjah 1 sangat teringin untuk menyarung pakaian seragam sekolah. Sebelum ini mereka melihat kakak atau abang memakai baju seragam ketika ingin ke sekolah. Baju seragam kelihatan kemas dan cantik menyebabkan mereka tak sabar untuk memakainya.

2. Nak beg sekolah yang ada kartun kegemaran

Bila nak memulakan sesi persekolahan yang baru, sinonimnya anak-anak akan mendapat peralatan persekolahan yang baru. Dari hujung kepala hingga ke hujung kaki semuanya baru. Benda yang paling menarik bagi anak-anak ialah memilih beg sekolah. Terdapat pelbagai jenis beg sekolah kartun yang comel dan cantik dijual dipasaran. Bukan saja anak-anak yang seronok melihat beg tersebut, tetapi ibu bapa juga rambang mata melihat ke”Comel”an beg tersebut.

3. Nak pakai tali pinggang

Pasti lucukan dengan jawapan ini… Tak sangka jawapan mereka nak masuk darjah satu kerana nak pakai tali pinggang. Ini jawapan daripada budak- budak lelaki. Kebiasaan anak-anak yang berumur 6 tahun ke bawah menggunakan seluar yang mudah dipakai. Anak-anak ini melihat ayah atau abang-abang mereka memiliki tali pinggang dan memakainya ketika pergi kerja / sekolah / keluar ‘ outing’, sedangkan mereka tidak memilikinya. Jadi bila nak masuk darjah satu, tali pinggang telah menjadi satu benda yang wajib dipakai oleh mereka apabila memakai pakaian seragam sekolah nanti. Mesti daIam fikiran mereka, apabila mereka memakai tali pinggang, mereka kelihatan kacak dan bergaya seperti ayah dan abangnya.

4. Gembira jumpa kawan baru

Zaman kanak-kanak merupakan zaman yang sangat indah. Mereka mudah berkawan dengan siapa saja. Mereka berkawan tanpa mengira darjat ataupun usia. Persahabatan kanak-kanak seusia ini terjalin dengan mudah dan ikhlas. Jika mereka bergaduh, kebiasaannya pergaduhan ini hanya sementara sahaja. Di dalam pemikiran mereka, semakin ramai kawan, semakin mudah untuk mereka bermain. Jadi tak hairanlah jika jawapan mereka gembira jumpa kawan baru.

Related Posts

Leave a Comment