Dekorasi Rumah Kecil dan Sempit

by Hana Mardhiyah

Adakah rumah anda kecil, sempit dan mempunyai keluasan yang terhad? Memang agak sukar untuk mengemas dan meletakkan segala keperluan di dalamnya. Tapi anda boleh cuba beberapa tip ini untuk menjadikan ruangan di dalam rumah untuk kelihatan luas dan cantik.

1. Pemilihan Langsir

Gunakan langsir yang labuh dari atas hingga bawah. Jangan pilih langsir cukup – cukup saiz tingkap ya. Pilih warna langsir yang lembut dan paling sedikit coraknya. Teknik ini akan membantu ruang tersebut kelihatan lebih tinggi dan luas. Warna krim, putih atau kuning cair sering menjadi pilihan.

2. Minimumkan Penggunaan Perabot

Pilih perabot yang menjadi keperluan sahaja. Elakkan menggunakan perabot yang besar. Cuba cari perabot yang bersaiz sederhana atau kecil sahaja. Selain itu, pilih perabot yang mempunyai pelbagai fungsi. Perabot ini memudahkan anda kerana berkonsepkan minimalis. Bila perabot kurang, ruang dalam rumah akan kelibatan luas dan lapang.

3. Cermin

Cermin boleh membantu dalam menampakkan ruang kecil kelihatan luas. Letak cermin yang lebar dan besar untuk menampakkan hasil yang memuaskan pandangan mata anda.

4. Jangan Dekorasi Secara Berlebihan

Bila ada produk dekorasi yang viral dipasaran, anda perlu berfikir dahulu sebelum membelinya. Fikir sejenak keperluan tersebut. Mungkin produk tersebut cantik dipandangan mata, tapi belum tentu lagi cantik dalam ruangan rumah anda.

Semoga tip-tip di atas bermanfaat dan boleh membantu anda. Walaupun rumah anda kecil, tapi tetap boleh kelihatan cantik ya.

Leave a Comment