Doa untuk Rayan

by Hana Mardhiyah

Siapakah Rayan? Mengapa kisah Rayan menjadi perhatian? Rayan merupakan seorang kanak-kanak lelaki yang berumur 5 tahun dan berasal daripada Maghribi. Kanak-kanak ini terjatuh ke dalam perigi yang mempunyai kedalaman 32 meter ketika bermain-main di kawasan rumahnya.

Dalam tempoh 5 hari, berjuta orang di dunia mengiringkan doa dan juga sokongan kepada pasukan penyelamat dan juga keluarga Rayan. Pelbagai usaha telah dilakukan, namun perkhabaran duka telah diterima. Betapa sedihnya raut wajah ibu dan bapa Rayan apabila hanya tubuh yang tidak bernyawa saja yang mereka temui. Khabar pemergian Rayan juga turut ditangisi jutaan orang.

Setiap yang berlaku akan ada hikmahnya. Bukan salah Rayan yang tidak berhati-hati ketika bermain, bukan salah anggota penyelamat, tetapi Tuhan lebih menyayangimu Rayan. “Terima kasih untuk semua usaha anda. Rayan kini bermain di taman syurga, semuanya sudah ditentukan Allah SWT,” ujar bapa Rayan.

Leave a Comment