Gua Kelam atau dikenali dengan nama Cave of Darkness. Gua Kelam terletak di Banjaran Nakawan. Gua Kelam diberi nama sempena perkataan “KELAM” yang bermaksud suasana yang agak gelap, suram dan kurang pencahayaan.
Untuk menikmati keindahan gua, terdapat jambatan gantung yang dibina untuk memberikan kemudahan kepada pengunjung. Anda boleh menikmati keunikan suasana di dalam gua dengan hanya berjalan menggunakan jambatan yang telah disediakan. Terdapat sebatang sungai yang mengalir di bawah jambatan yang memberikan suasana semula jadi yang sebenar. Panjang sungai dianggarkan lebih kurang 400 meter yang mengalir di dalam Gua kelam ini. Sungai ini memang wujud secara semula jadi dari dulu lagi dan deruan air sungai yang deras dan cahaya lampu yang malap turut memberikan pengalaman yang menarik untuk pengunjung yang datang.

