Pokok Hiasan Penyeri Ruang Anda

by Hana Mardhiyah

Melihat kepada peningkatan penjualan pokok hiasan di kedai-kedai online dan offline, ternyata semakin ramai rakyat Malaysia yang menunjukkan minat untuk memilih tema kehijauan sebagai penghias rumah kediaman dan ruang bekerja mereka. Sentuhan dedaun hijau dan pepohon hiasan memberikan suasana damai kepada si penghuni. Suasana alami ini seakan memberi aura ketenangan selain menjadi dekorasi bertema natural juga mampu memberikan kesan terapeutik kepada siapa sahaja yang yang memandang.

Namun begitu, dengan kekangan kerjaya dan kesibukan hidup, tidak semua antara kita yang mempunyai masa untuk memastikan pokok-pokok hiasan ini terjaga dengan baik dan mampu hidup subur serta terpelihara kesegarannya pada jangka masa yang lama.

Malah, kos penyelenggaraannya juga memakan jumlah wang yang agak banyak. Antara alternatif yang boleh diambil oleh penggemar trend hiasan dalaman rumah ini adalah menggunakan pohon, dedaun, dan bunga hiasan palsu. Walaupun tidak bersifat hidup, teknologi di dalam industri ini semakin berkembang hingga hiasan kediaman ini direka seakan-akan kelihatan hidup hingga sukar membezakannya dengan yang pokok hiasan hidup yang sebenar.

Perbandingan Ciri-ciri Pokok Hiasan Real dan Palsu

Melihat kepada cirinya yang seakan sama dan real, ramai yang mula beralih kepada pokok hiasan tiruan. Selain itu kos penyelenggaraannya adalah sangat rendah malah mengambil masa yang sangat minimal untuk proses penjagaan. Pokok hiasan hidup boleh mempunyai jangka hayat yang lebih panjang jika dijaga dengan rapi. Tetapi kebarangkalian berisiko untuk rosak, layu, atau mati jika terkesan dengan perubahan cuaca yang mendadak atau diserang haiwan perosak. Berlainan dengan pokok hiasan palsu yang terbuat dari material plastik berkualiti tinggi. Pokok hiasan palsu tidak terkesan dengan apa jua perubahan musim mahupun cuaca. Selain itu ia juga tidak memerlukan penjagaan rapi dari pemiliknya serta tiada risiko rosak akan digigit serangga.

Bukan itu sahaja, pokok hiasan artificial juga lebih bersifat kos efektif. Pokok, daun, dan bunga palsu adalah pelaburan yang berbaloi kerana mampu bertahan pada masa yang agak lama bertahun-tahun lamanya. Malah, ia juga boleh didapati dengan harga yang lebih berpatutan dari pokok hidup. Walaupun palsu tetap terlihat mewah menghiasai kediaman anda. Contohnya, pokok hiasan hidup dijual pada harga yang mahal di pasaran. Anda boleh beli lebih murah jika anda memilih kepada alternatif artificial bagi jenis pokok hiasan yang sama.

Related Posts

Leave a Comment