Adalah tidak keterlaluan untuk kita katakan bahawa rata-rata manusia di dunia ini secara umumnya mengenali biji benih kopi sama ada dalam bentuk bijinya yang original atau yang sudah di bakar dan dihancurkan menjadi ketulan kecil atau dalam bentuk serbuk. Namun begitu, mungkin ada di antara anda peminat kopi sendiri yang masih belum mengenali rupa bentuk sebenar pohon kopi dan buahnya.
Asal usul kopi adalah dari genus (pengkelasan) tumbuhan yang dikenali sebagai Coffea di mana di dalam genus tersebut, terdapat lebih 500 genera dan 6000 spesis pokok tropika dan tumbuhan renek. Pakar menganggarkan terdapat 25 hingga 100 spesis tumbuhan kopi yang wujud di seluruh dunia. Genus ini pertama kali telah diperkenalkan oelh seorang ahli botani bernama Carolus Linneaus pada abad ke-18 namun terdapat ahli botani yang mempersoalkan pandangannya dan membahas lebih lanjut tentang klasifikasi yang lebih tepat untuk pohon kopi ini.
Contoh buah dan bunga pokok kopi.
Pokok kopi mampu membesar melebihi 30 kaki (9meter) tinggi dan setiap pokok ditutup dengan daun hijau, berlilin yang tumbuh bertentangan antara satu sama lain secara berpasangan. Buah-buah kopi (dalam bentuk ceri) atau dipanggil ceri kopi akan muncul disepanjang dahan tersebut. Oleh kerana ia tumbuh dalam kitaran yang berterusan, adalah tidak pelik/menghairankan untuk kita dapat lihat bunga, buah yang mangkar dan sudah matang serentak pada satu pokok. Walau bagaimanapun, di dalam sektor penanaman pohon kopi, batang dan ranting pokok kopi akan dicantas/dipotong pendek secara berkala untuk menjimatkan masa dan membantu proses penuaian.
Bunga pokok kopi kelihatan seperti bunga melur, ada yang berwarna putih dan ada yang berwarna putih kekuningan. Manakala buahnya pula berwarna hijau bagi yang muda, oren kekuningan bagi yang hampir masak, dan merah ranum bagi yang sudah matang. Saiz buah matang mampu mencecah melebihi 10mm panjang dan 6mm lebar dalam tempoh 9-11 bulan mengikut spesis.
Tempoh untuk ceri kopi matang selepas berbunga buat kali pertama mengambil masa hampir setahun, dan kira-kira lima tahun masa yang diambil untuk mencapai pengeluaran buah penuh. Walaupun tumbuhan kopi boleh hidup sehingga 100 tahun, mereka secara amnya adalah yang paling produktif pada umur 7 dan 20 tahun. Penjagaan yang betul boleh mengekalkan malah meningkatkan pengeluarannya selama bertahun-tahun, bergantung pada kepelbagain spesis pohon kopi. Secara purata, sepohon kopi mampu menghasilkan dalam empat hingga lima kilogram ceri kopi setahun, atau bersamaan dengan lebih kurang satu kilogram biji kopi mentah berwarna hijau.
Semua kopi yang ditanam secara komersial biasanya berasal dari sebuah kawasan di dunia yang dipanggil “The Coffee Belt” di mana pokok-pokok kopi nya tumbuh paling baik di tanah yang subur, dengan suhu yang sederhana, hujan yang kerap dan matahari yang teduh.

